Janganlah risau..
0 Comments »
Bismillah..
Assalamualaikum..
Pernah dengar tak satu tajuk buku, "JANGAN BERSEDIH,KEBAHAGIAAN PASTI BERSAMAMU'? Ana baru je baca buku ni, agak manarik setakat ini, sebab ana tak baca lagi buku 'La Tahzan',yang dikhabarkan sangat hebat tu, lepas habis buku yang satu ni, baru lah boleh beli buku lain. Ana tak nak dilaknat buku hanya sebab beli buku, tapi tak pulak dibace. Xpe lah, masa panjang lagi, InsyaALLAH ana akan sempat beli buku tu plak. Kalau xde nanti, terpaksa lah pinjam dengan senior. Huhu..janji dapat bace.
Berbalik pada buku 'janganlah bersedih, kebahagiaan pasti bersamamu' ini, ada satu tajuk menarik yang nak ana kongsikan bersama sahabat2 ana yang lain. Salah satu bab yang ada kat dalam buku ni, tajuknya "JANGANLAH RISAU". Risau ni ape ye
sebenarnye? Kenape mesti ada perasaan risau ni?Elok ke risau ni?Emm..menurut buku ni, risau adalah perasaan yang sering menghantui kita ketika kita berada dalam keadaan terdesak dan ketika merasa dikepung dalam satu ruangan yang sempit. Macamne 2 eh? Let say, kita tengah diambang peperiksaan, but kita x sedia pun lagi dari segi mental n fizikalnya. At the end, kita tersepit antara masa yang makin menghimpit kita. Rasa risau x? Time tu, mesti kita kadang2 termimpi2, boleh ke kita jawab exam 2 dengan baik. Ana pun selalu jugak risau bila tiba masa exam ni. Mampu tak ana nak jawab exam nanti.
But, macamne skalipun kita kenalah manage diri kita agak rasa risau tu x akan memudaratkan diri kita? Kenapa? Menurut buku ni lagi, dalam satu kajian statistik, seperempat daripada penduduk dunia telah menderita akibat perasaan risau. Adakah kita antara orang yang menderita akibat perasaan risau? Semak diri kita sendiri.
To be honest, nobody can really free themselves from worrying about something. Sebabnya, dalam satu sabda Nabi s.a.w, manusia adalah Harith (peladang) dan Hammam (tukang fitnah). (diriwayatkan oleh Abu Dawud dan an-Nasa'i). Bila disifatkan manusia ni sebagai tukang fitnah, ini tentulah manyebabkan manusia sentiasa merasa risau. Waima Hamba ALLAH yang soleh juga akan merasa risau adakah amalannya diterima oleh ALLAH atau menjadi fitnah ke atas dirinya,inikan pula kita yang amalannya tidak sehebat hamba ALLAH yang soleh.
Akan tetapi, perasaan risau boleh dibahagikan kepada positif dan negatif. Risau menjadi positif bila kita mewujudkan penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang kita hadapi. Perasaan risau mampu menjadi inspirasi untuk kita melakukan sesuatu kerja, tetapi akan menjadi negatif bila kita mudah berputus asa, malas dan pasrah kepada keadaan sekelilingnya.
Antara tips yang dapat mengubati perasaan risau adalah:
1) Beriman kepada ALLAH, kerana iman membawa kepada reda, keteguhan hati, ketenangan dan ketenteraman.
2) Bertakwa kepada ALLAH
"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya ALLAH menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusannya." (At-Talaq:4)
3) Sentiasa mengingati ALLAH
"Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang" (Ar-Ta'd:28)
4) Mengerjakan solat dengan khusyuk.
5) Membaca Al-Quran
"Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang2 beriman." (al-Isra' :82)
6) Berdoa dan bertawakal kepada ALLAH.
7) Sabar, kerana sabar itu kunci kelapangan
8) Bersifat qanaah dan reda terhadap kurniaan yang sedikit.
dan banyak lagi..check it out in this book..
wassalam..

0 Responses to "Janganlah risau.."
Post a Comment