AL-QURAN & SAINS

0 Comments »
Baru-baru ni ana ade g kat satu ceramah. under kelab IQRA UTM dengan kerjasama JKM KTC. Huhu..jauhnye g cari ilmu..bukan dekat dengan kolej ana pun. Nasib baik kakak usrah ana ada kereta. Dapatla pergi dengan dia. ALHAMDULILLAH..



Ceramah yang ana pergi ni tajuknya "Al-Quran & Sains". Best kan tajuknye. Teruja betul time nak pergi tu. ceramah tu berlangsung selama lebih kurang sejam setengah. Tapi rasa kejap sangat. Tak terasa masa berlalu dengan pantas. Ceramah ni disampaikan oleh Dr Hishamudin Alham, pensyarah kat fakulti mekanikal UTM.

Ape yang ana nak kongsikan kat entry ana kali ni tak lain tak bukan mestilah berkenaan intipati ceramah yang ana pergi tu. Pada permulaan ceramah ni, Dr Hishamudin sentuh berkenaan sains. Ape ye yang kite bleh dapat daripada belajar sains ni? Pengetahuan? Semestinya. tapi ada yang lagi penting tau. Menurut kata Dr. Hishamudin, melalui sains kita dapat melihat kehebatan ALLAH dan membuktikan Al-Quran sememangnya diturunkan daripada ALLAH. Ape plak maksud sains ni? Sains sebenarnye adalah susunan ilmu pengetahuan berdasarkan kejadian alam semesta dan sunnah Ilahi yang menjadi asas penyelidikan. Sahabat2 ada maksud sains yang lain?

Macam yang kita semua tahu, masa pemerintahan Bani Abbasiyah banyak penemuan sains telah berlaku. Ilmu pengetahuan sangat2 berkembang luas masa ni. Salah satu contohnya, pada Zaman Bani Abbasiyah, terdapatnya Universiti Cordova yang menjadi tempat ramai ilmuwan berkumpul dan mencari ilmu. Tapi pada 1924 kerajaan Utmaniah jatuh dan perkembangan ilmu terbantut. Pada masa yang sama, berlakunya kebangkitan orang barat terhadap ilmu pengetahuan. Kebangkitan orang barat telah menyebabkan perlakunya pertembungan antara sains dan agama (perkara ni tak terjadi pada zaman keilmuan islam). Orang barat tolak agama sepenuhnya bagi merealisasikan sains. Berbeza pula dengan zaman keilmuan islam, yang mengambil agama sebagai asas dalam mempelajari sains. Satu contoh, Ibnu Sina. Bapa Ibnu Sina sedar akan minatnya yang mendalam dalam menuntut ilmu. So, bapanya berpesan, "bersabarlah, tuntutlah Al-Quran, kemudian barulah diikuti dengan ilmu lain seperti ilmu logik dan sebagainya. Pada usia 14 tahun ibnu Sina dah khatam ilmu astronomi dan prinsip2 kejuruteraan. Kagum kan. Kita plak, umur 18 pun belum tentu dah blajar kejuruteraan. Still belajar kat matrik lagi time tu. Bezanya kita dengan ilmuan Islam dulu..

BEZA SAINS MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN BARAT

Ape ye bezanye?
  • first skali kita bleh tengok dari asas sains itu sendiri. Asas sains islam adalah ALLAH (Tauhid) tapi asas sains barat adalah akal manusia.
  • second, berdasarkan kewujudan bernyawa. islam berasal daripada roh tapi barat menyatakan asal sesuatu daripada jirim.
  • third, asal kejadian manusia. Menurut islam, manusia berasal dati tanah, tapi barat plak kate, manusia berasal dari binatang. (teori Darwis)
  • forth, berdasarkan panduan hidup. panduan hidup orang Islam pastilah berdasarkan Islam, tapi Orang barat plak, berdasarkan kesesuaian hidup manusia.
  • lastly, bezanya pada agama. Orang islam mengambil agama sebagai cara hidup, tapi orang Barat mengambil agama sebagai upacara tertentu.
Betapa bezanya sains menurut pandangan Islam dan Barat. Renungkanlah, sekarang kita memandang sains dari sudut yang mana?

BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Kita tahu ALLAH ni Maha Hebat, Maha Bijaksana dan banyak lagi sifat ALLAH yang tak tertanding oleh manusia. Cukup kenal ke kita dengan ALLAH? Bagaimana eh cara nak kenal ALLAH ddengan lehih dalam. Dalam ceramah ni, dikatakan kalau nak kenal dengan ALLAH, kajilah kejadian alam yang dicipta oleh ALLAH dan kajilah nama2 ALLAH yang 99. Jangan sesekali kaji mengenai zat2 ALLAH yang tak tercapai akal kita. Dalam surah Ali-Imran ayat 190-191, yang bermaksud;

sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda (atas kekuasaan ALLAH) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH ketika berdiri, duduk dan berbaring; dan mereka yang memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2), Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.

Melalui ayat ni, kita dapat melihat sifat orang2 berakal, yang patutnya ada dalam diri setiap orang muslim yang berakal. Bukan setakat kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam ke siang, siang ke malam, banyak lagi kejadiaan alam yang memberi tanda keagungan dan kebesaran ALLAH. Pernahkah kita memikirkan?

CONTOH KEBIJAKSANAAN ALLAH


Pernah tengok tak labah2. Rasenye semua kenal kan. Percaya tak benang labah2 (yang jadi sarang die) lebih kuat dari keluli. Mula2 ana pun tak percaya, yela, kita usik sikit pun sarang die dah putus kan Tapi telah dibuktikan dalam sains, sekiranya sarang labah2 itu berdiameter 30cm, sarang labah2 ni mampu menampung beban sebanyak 150 kereta yang keluli sendiri tak mampu nak tampung. Hebatkan ciptaan ALLAH. Subahanallah...
Banyak lagi contoh kehebatan ALLAH yang dibuktikan melalui sains. Antaranya asal kejadian kita dalam rahim ibu, ikan lumba2,dll.

Last but not least, sains yang selama ni kita belajar banyak membuktikan Kebesaran ALLAH. Kajilah setiap ciptaanNYA agar dapat meningkatkan keimanan kita kepadaNYA. Lagi satu, kalau nak berdakwah kepada bukan muslim, sebaik2nya berdakwahlah dengan menunjukkan bukti2 kejadian alam dan persamaannya dalam AL-Quran, daripada menunjukkan gambar2 keajaiban yang berlaku sekarang such as tulisan nama ALLAH pada awan, pantai dll. perkara macam tu sangat mudah disangkal oleh orang bukan Islam. Al-maklum, teknologi komputer masa kini canggih2. Macam2 bleh diorang kata. Gunalah al-Quran sebagai method dakwah utama. Gambar2 yang yang ada tu cukuplah sekadar kita gunakan untuk tingkatkan iman kita dan yang muslim sahaja.

Sekian..
wassalam..




Janganlah risau..

0 Comments »


Bismillah..
Assalamualaikum..
Pernah dengar tak satu tajuk buku, "JANGAN BERSEDIH,KEBAHAGIAAN PASTI BERSAMAMU'? Ana baru je baca buku ni, agak manarik setakat ini, sebab ana tak baca lagi buku 'La Tahzan',yang dikhabarkan sangat hebat tu, lepas habis buku yang satu ni, baru lah boleh beli buku lain. Ana tak nak dilaknat buku hanya sebab beli buku, tapi tak pulak dibace. Xpe lah, masa panjang lagi, InsyaALLAH ana akan sempat beli buku tu plak. Kalau xde nanti, terpaksa lah pinjam dengan senior. Huhu..janji dapat bace.

Berbalik pada buku 'janganlah bersedih, kebahagiaan pasti bersamamu' ini, ada satu tajuk menarik yang nak ana kongsikan bersama sahabat2 ana yang lain. Salah satu bab yang ada kat dalam buku ni, tajuknya "JANGANLAH RISAU". Risau ni ape ye sebenarnye? Kenape mesti ada perasaan risau ni?Elok ke risau ni?

Emm..menurut buku ni, risau adalah perasaan yang sering menghantui kita ketika kita berada dalam keadaan terdesak dan ketika merasa dikepung dalam satu ruangan yang sempit. Macamne 2 eh? Let say, kita tengah diambang peperiksaan, but kita x sedia pun lagi dari segi mental n fizikalnya. At the end, kita tersepit antara masa yang makin menghimpit kita. Rasa risau x? Time tu, mesti kita kadang2 termimpi2, boleh ke kita jawab exam 2 dengan baik. Ana pun selalu jugak risau bila tiba masa exam ni. Mampu tak ana nak jawab exam nanti.

But, macamne skalipun kita kenalah manage diri kita agak rasa risau tu x akan memudaratkan diri kita? Kenapa? Menurut buku ni lagi, dalam satu kajian statistik, seperempat daripada penduduk dunia telah menderita akibat perasaan risau. Adakah kita antara orang yang menderita akibat perasaan risau? Semak diri kita sendiri.

To be honest, nobody can really free themselves from worrying about something. Sebabnya, dalam satu sabda Nabi s.a.w, manusia adalah Harith (peladang) dan Hammam (tukang fitnah). (diriwayatkan oleh Abu Dawud dan an-Nasa'i). Bila disifatkan manusia ni sebagai tukang fitnah, ini tentulah manyebabkan manusia sentiasa merasa risau. Waima Hamba ALLAH yang soleh juga akan merasa risau adakah amalannya diterima oleh ALLAH atau menjadi fitnah ke atas dirinya,inikan pula kita yang amalannya tidak sehebat hamba ALLAH yang soleh.

Akan tetapi, perasaan risau boleh dibahagikan kepada positif dan negatif. Risau menjadi positif bila kita mewujudkan penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang kita hadapi. Perasaan risau mampu menjadi inspirasi untuk kita melakukan sesuatu kerja, tetapi akan menjadi negatif bila kita mudah berputus asa, malas dan pasrah kepada keadaan sekelilingnya.

Antara tips yang dapat mengubati perasaan risau adalah:

1) Beriman kepada ALLAH, kerana iman membawa kepada reda, keteguhan hati, ketenangan dan ketenteraman.
2) Bertakwa kepada ALLAH
"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya ALLAH menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusannya." (At-Talaq:4)
3) Sentiasa mengingati ALLAH
"Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang" (Ar-Ta'd:28)
4) Mengerjakan solat dengan khusyuk.
5) Membaca Al-Quran
"Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang2 beriman." (al-Isra' :82)
6) Berdoa dan bertawakal kepada ALLAH.
7) Sabar, kerana sabar itu kunci kelapangan
8) Bersifat qanaah dan reda terhadap kurniaan yang sedikit.
dan banyak lagi..check it out in this book..


wassalam..