Hmm....
0 Comments » Da lame tak menulis,terasa macam banyak perkara yang nak diperkatakan. Ada perkara yang menyedihkan dan ada yang hepi.Kadang-kadang dunia ni pelik sungguh,Tuhan hadiahkan seseorang untuk kita sayangi walau sekadar sebentar.Kemudian dia pergi tanpa menoleh kembali setelah bertemu cintanya yang agung. DIA datangkan pula seseorang yang tulus menyayangi,tapi ada kalanya ada lebih baik kiranya orang itu disayangi sebagai keluarga sendiri,bukan sebagai kekasih. Ada hikmah di sebalik segalanya.
Tentu rasa sedih andai kita kehilangan orang yang tersayang. Kadangkala ada yang sampai hilang pertimbangan,hilang waras akalnya. Dan, akhirnya diri sendiri yang merana. Pernah tak kita terfikir,setiap kejadian ada hikmah tersendiri. Namun tak ramai yang bijak menginterpretasi maknanya. Hanya sekadar meratap dan menangisi apa yang telah berlaku. Seperti telah berakhirnya hidup di dunia ini.
Aku, suatu ketika dulu.Sering kali memikirkan alangkah bagusnya andai nyawaku dipendekkan.Bagiku, aku hilang kasih sayang dari orang yang aku sayangi. Ah,mungkin saja hanya perasaanku yang mentah.Mungkin. Mungkin itu dugaan ALLAH pada diriku. Aku pernah lemah dulu,namun kini,DIA turunkan kekuatan untukku terus bangkit meneruskan hidup.Siapa sangka,aku pernah berhasrat menarik nyawaku sendiri.Sakadar kerana aku bosan dengan hidupku. Sekadar dibebani masalah yang menggunung. Walau hakikatnya masih ramai yang dihujani masalah dan tekanan hidup. Alangkah tidak matangnya aku dalam berfikir.
Bila aku mula menjejak kaki di MRSM (tngkatan 4 & 5),aku mula menyedari batapa berharganya diriku. Aku bertemu rakan-rakan yang begitu mengambil berat perihal diriku. Aku mula mengenali nilai-nilai hidup yang bagiku remeh satu masa lalu. Aku mula mengenal YANG ESA, mula belajar untuk mencintaiNYA. Sungguh, aku merasakan nikmat cinta yang tak ternilai. Rasa ingin selalu bertemunya. Mengadu segala-galanya kepadaNYA. Menangis di hadapanNYA. Dan aku mahu mengecap cinta dan kasih sayangNYA.
Namun aku khuatir aku tak memperoleh cintaNYA,kerna aku hanya insan lemah yang tak berdaya dan lemah imannya..

0 Responses to "Hmm...."
Post a Comment