Kias Cinta

0 Comments »
seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam
ciptaanNya kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

Hmm....

0 Comments »
Da lame tak menulis,terasa macam banyak perkara yang nak diperkatakan. Ada perkara yang menyedihkan dan ada yang hepi.Kadang-kadang dunia ni pelik sungguh,Tuhan hadiahkan seseorang untuk kita sayangi walau sekadar sebentar.Kemudian dia pergi tanpa menoleh kembali setelah bertemu cintanya yang agung. DIA datangkan pula seseorang yang tulus menyayangi,tapi ada kalanya ada lebih baik kiranya orang itu disayangi sebagai keluarga sendiri,bukan sebagai kekasih. Ada hikmah di sebalik segalanya.
Tentu rasa sedih andai kita kehilangan orang yang tersayang. Kadangkala ada yang sampai hilang pertimbangan,hilang waras akalnya. Dan, akhirnya diri sendiri yang merana. Pernah tak kita terfikir,setiap kejadian ada hikmah tersendiri. Namun tak ramai yang bijak menginterpretasi maknanya. Hanya sekadar meratap dan menangisi apa yang telah berlaku. Seperti telah berakhirnya hidup di dunia ini.
Aku, suatu ketika dulu.Sering kali memikirkan alangkah bagusnya andai nyawaku dipendekkan.Bagiku, aku hilang kasih sayang dari orang yang aku sayangi. Ah,mungkin saja hanya perasaanku yang mentah.Mungkin. Mungkin itu dugaan ALLAH pada diriku. Aku pernah lemah dulu,namun kini,DIA turunkan kekuatan untukku terus bangkit meneruskan hidup.Siapa sangka,aku pernah berhasrat menarik nyawaku sendiri.Sakadar kerana aku bosan dengan hidupku. Sekadar dibebani masalah yang menggunung. Walau hakikatnya masih ramai yang dihujani masalah dan tekanan hidup. Alangkah tidak matangnya aku dalam berfikir.
Bila aku mula menjejak kaki di MRSM (tngkatan 4 & 5),aku mula menyedari batapa berharganya diriku. Aku bertemu rakan-rakan yang begitu mengambil berat perihal diriku. Aku mula mengenali nilai-nilai hidup yang bagiku remeh satu masa lalu. Aku mula mengenal YANG ESA, mula belajar untuk mencintaiNYA. Sungguh, aku merasakan nikmat cinta yang tak ternilai. Rasa ingin selalu bertemunya. Mengadu segala-galanya kepadaNYA. Menangis di hadapanNYA. Dan aku mahu mengecap cinta dan kasih sayangNYA.
Namun aku khuatir aku tak memperoleh cintaNYA,kerna aku hanya insan lemah yang tak berdaya dan lemah imannya..