Kalam Itu

0 Comments »
Kalam itu.
punya pelbagai cerita,
dari zaman ADAM,
hingga ke akhir dunia,
tanpa tarikh,
tapi pengajarannya tetap ada.

Kalam itu,
Kita membacanya,
kadang kala kita menghafalnya,
namun ada antara kita,
tak pernah mahu mengerti,
isi dalamnya,
tarbiar lalu,
ruginya mereka.

Demikian kita manusia,
beragama tapi tak mengamalkannya,
ibarat kata sang bijaksana,
pohon nan rimbun berbunga tiada.

DIA menjadikan kita dengan akal fikiran,
tapi tak ramai yang bijak
untuk menafsir tiap peristiwa
dan kadang kala kita tak sedar,
setiap yang berlaku ada hikmahnya.

MENGAPA?