0 Comments »
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
(Surah An-Nisaa’, Ayat 14)
0 Comments »
Ada orang kata bercinta tu best...tapi sejauh mane kebenarannya...Ramai yang merana kerana cinta..Mengapa?
ini cuma pandangan peribadi...so tak mungkin sama dengan semua orang...lets read...

Cinta...ramai yang sanggup berhabis kerana seseorang..masa dan wang ringgit..dan belum tentu cinta itu kekal buat selamanya..ada yang bercinta bagai nak rak..berjanji sehidup semati...akhirnya hampeh..(sorry bahasa kasar)..alasannya mudah..TAK ADA JODOH..NAK BUAT CAMNE..

Ntah la dunia makin pelik masa kini.cinta manusia yang dicari tapi cinta ALLAH yang hakiki hilang menyepi..
Antara kita sedar atau tak,cinta kepada ALLAH buat kita tak rugi apa-apa malah beruntung yang amat sangat..Cuba kita perhatikan, kalau bercinta dengan manusia kita berbelanja macam-macam untuk senangkan hatinya..kalau kita bercinta dengan ALLAH,tak kuar satu sen pun..untungkan?

kalau bercinta dengan manusia, nak jumpe mesti dressing lawa, konon taknak malu jumpe sidia..hipokritnya kite...nape bila nak jumpe ALLAH kita tak leh nak dressing lelawa..sebab kita tak cinta pada ALLAH..hati yang resah tak dapat nak diubati..then kata la kat sidia tidur tak lena,mandi tak basah..makan pun tak kenyang..(makan mane leh kenyang sangat,nanti tak kusyu' solah)..padahal kita sebenarnya tak tenang kerana tak dapat redha ALLAH..

Carilah cinta sejati seorang abdi pada penciptanya..kerana cinta dunia tak ada untungnya sedang cinta akhirat membawa dunia bersama...

Pesanan Saidina Ali r.a

0 Comments »
SaidinaAli berkata:
1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang kusyu'.
2) Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3) Tiada kebaikan bagi pembaca AL-QURAN tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
5) Tiada kebaikan mengambil teman, tanpa saling sayang-menyayangi.
6)Nikmat yang paling baik ialah nikamat yang kekal abadi.

JATI DIRI

0 Comments »
Baru-baru ni teman saya masuk pertandingan bahas di tempatnya. Dia menjadi pihak pembangkang. Nak tau tajuk yang dibahaskan? Agak menarik dan bagi saya memang menarik pun. Tajuknya ialah 'MAHASISWA SUDAH HILANG JATI DIRI', menarikkan??
Hmm..mesti ada yang segelintir dari kita yang tak setuju dengan tajuk ni, lagi-lagi mahasiswa-mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti tak kira tempatan atau luar negara. Tapi tahukah kita apa sebenarnya jati diri? Menurut teman saya (dia yang buat research), jati diri adalah TEGUH AKIDAH,BENAR IBADAHNYA DAN INDAH AKHLAKNYA. Maknanya jati diri adalah sifat yang menjukkan kita tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir dari luar, sentiasa manjaga ibadahnya dan baik budi pekertinya.
Menurut teman saya, hujah yang dikemukakan oleh pihak kerajaan tidak utuh dan hanya memfokuskan pada satu isu sahaja iaitu sosial.Tapi antara kita sedar atau tidak jati diri memang berkait rapat dengan kehidupan sosial seseorang. Generasi masa kini, (remaja yang juga adalah mahasiswa) semakin liar kehidupan sosialnya. Bagaimana generasi ini mahu memimpin sebuah negara pada masa akan datang jika kehidupan sosialnya tidak diurus dengan baik. Kita lihat sahaja kehidupan sosial mampu mampengaruhi ekonomi sesebuah negara, prestasi akademik, pembangunan sebuah negara. Bahaya sungguh jika sebuah negara tidak mampunyai rakyat yang berjati diri.
Mengapa dikatakan mahasiswa tidak berjati diri? Kita lihat suasana di institut pengajian tinggi, pelajarnya bebas bergaul antara satu sama lain dari pelbagai tempat.Barbagai karenah dan ragam terkumpul. Dalam masa yang sama, tidak ada lagi kawalan yang ketat dari ibu bapa dan penjaga. Guru tidak lagi menumpukan perhatian pada kita, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Sama ada memilih untuk ke arah positif atau negatif. Di sekeliling kita hanya ada teman yang sama-sama berjuang untuk berjaya.
0 Comments »
kita mencari sesuatu,
yang memang pasti kita temui,
namun hanya masa penentunya,
bila kita kan bersuanya..

kehidupan ini bagai roda,
kita ke atas dan ke bawah pula..
kita mengecap bahagia,
dan duka pun tiba

kadang kala ada yang terlupa
bahagia dan duka tetep ujian namanya,
dan kadang kala duka bisa jadi nikmat
mengingatkan kita pada yang ESA...
0 Comments »
Dah dapat result.Tak de ape2 yang perlu digusarkan lagi. Yang telah berlalu akan jadi sejarah, dan masa depan adalah harapan. Namun kita tak mungkin dengan mudah dapat melakukannya, kerana kita pasti akan diuji dengan pelbagai rintangan. Sesungguhnya kita tidak akan berjaya dengan terlalu mudah. Kita perlu dan mesti menghadapinya. Rintangan yang kita terima mampu mematangkan diri, menjadikan kita lebih dewasa. Namun ada yang tak sanggup mengharunginya. Mengapa tidak kita jadikan kisah bayi yang ingin belajar bertatih, dia tak akan dengan mudah dapat berjalan. Dia akan jatuh, menangis dan kemudian cuba untuk berjalan semula. Pernahkah kita semua terfikir, bayi yang tidak mengerti apa-apa, mampu berusaha dengan gigihnya, sedangkan kita yang telah tahu berfikir, kadang kala berputus asa walaupun hanya dihalang dengan rintangan yang kecil cuma. Ingatlah kisah bayi kecil agar kita tak mudah berputus asa. Ada yang mengatakan, letaklah harapanmu setinggi awan agar bila kau terjatuh, kau masih berada di puncak. Jangan letakkan harapan serendah bukit, kerna pabila kau jatuh, kau akan terus di bawah. Pendakian memang memenatkan, namun sekali kau tiba ke puncak, pasti kau tak akan merasai kepenatan itu.

result dah nak kuar..

0 Comments »
hua..baru dapat result math asas...teruknye markah..nampaknya pasni kena la kurangkan surf internet..kalau tak naya je..jumpe ngan lecturer,dapat la siki nasihat..ok lah sikit rasanya..hopefully pasni markah tak rendah lagi..sok nak balik umah..tunggu nak amik result spm plak..ntah camne lah result tu..teruk tak r..doalah banyak2 agar tak teruk..aku nak result yang baik..at least leh gembirakan hati mak ayah aku..saampingannye..aku nak fon baru..huhu..da conclusion now,blaja lah rajin2..tata..